TUTORIAL MASAK MUFFIN PISANG GUNA AIR FRYER

Seperti yang dijanjikan ini adalah video tutorial bagaimana cara masak muffin pisang menggunakan air fyer.

Kalau masak dengan oven, biasanya ambil masa 20-30 minit, tapi dengan air fryer hanya 10 minit dah siap masak.

Dari segi rasa pulak, testurnya lebih lembut,lebih sedap dan masak sempurna. Resepi ni tidak terlalu manis, kurang minyak dan menggunakan tepung unbleach.

Kakmie dah sediakan sekali bahan dan cara buat.

Selamat mencuba ya!

Bahan-bahan A :

 

1 mangkuk pisang

1/2 cawan gula (cadangan guna ORCS~ gula tebu organik)

1 cawan minyak

3 biji telur

 

Bahan B :

 

3/4 cawan tepung gandum (cadangan guna tepung gandum unbleach)

1/4 cawan tepung jagung

1 sudu teh baking soda

1 sudu teh baking powder

 

 

Bahan hiasan :

 

Coklat chips

Almond nips

 

Cara-cara :

1. Blend (guna blender jer) semua bahan A hingga kembang.
2. Ayak bahan B. Kemudian masukkan dalam bahan A (Gaul guna spatula/senduk)
3. Kemudian masukkan sedikit badam cincang dan coklat cips.
4. Bila dah sebati masukkan dalam cup.
5. Taburkan sedikit badan dan coklat cips atas adunan kek sebagai hiasan.
6. Setkan suhu air fryer 170 darjah celcius dan 10minit masa.
7. Orait! Cun 10minit masak, keluarkan dan boleh makan.

 

Dah baca dan tengok tu jangan lupa cuba ya.

 

 

Dah tengok ebook 27 resepi air fyer istimewa Kakmie?

 

 

Alhamdulillah, banyak feedback yang Kakmie dapat daripada pembaca. 

 

Anda boleh baca feedback mereka di sini APA KATA PEMBACA 27 RESEPI AIR FRYER ISTIMEWA.

 

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial