Tips panggang ayam seekor TAK HANGUS dalam air fryer

Pernah panggang ayam seekor dalam air fryer? 

 

Bagi yang sesiapa yang pernah buat tu, selalu tak alami situasi macam ni?

 

Dah siap perap segala rempah dan bahan. Kemudian kita panggang lah ayam tu dalam air fryer.

 

Punya excited nak tengok hasilnya, baru separuh jalan ada bau hangus.

 

Bila buka je bakul air fryer bahagian atas ayam tu hangit, langsung tak boleh makan. 

 

Dah macam-macam tips anda cuba tapi masih hangus juga. huhu

 

 

Jangan risau sebab Kakmie ada tips untuk anda.

 

 

 

Tips panggang ayam seekor TAK HANGUS dalam air fryer

Selepas berkali-kali eksperimen ayam panggang yang Kakmie buat, jadi kakmie telah jumpa satu cara yang paling best dan ia sangat-sangat membantu. 

 

Tipsnya adalah dengan menutup bahagian atas ayam untuk kita panggang.

 

Bagaimana nak tutup?

 

Ok, begini caranya. Kakmie telah menggunakan satu penutup jaring besi (stainless steel) seperti dalam gambar Kakmie tunjukkan di bawah ini.

 

 

  • Sebenarnay penutup ni senang je nak dapat. Ada banyak jual di pasaraya. Kakmie beli kat Daiso yang atas Kakmie punya ni. 
  • Cuma pastikan ukur terlebih dahulu saiz bakul air fryer kita. Beli penutup besi ni lebih kecik daripada saiz bakul air fryer kita tau. Hehe.takut tak muat pulak.
  • Jika ada jumpa yang ada pemegang (besi bulat atas jaring tu) senang sikit bila kita nak angkat sebab besi tu akan panas bila dalam air fryer.
  • Sebab tu bila nak angkat penutup tu kena guna garfu/alat untuk elakkan tangan kita terkena panas.

 

Selain kita cover bahagian atas ayam tu, cara setting air fryer pun kena betul juga jika nak masak ayam panggang guna air fryer ni.

 

Ok. Kakmie share bagaimana cara setting yang betul supaya ayam panggang kita masak dengan sempurna.

 

Mula-mula kita sediakan dulu ayam yang dah dilumur ramuannya.

 

Kemudian baru lah kita setting air fryer kita.

Caranya begini :

  •  Mula-mula setkan suhu air fryer 200 darjah selama 20 minit.
  • Buka penutup jaring dan sapukan butter, setkan lagi sahu 190 darjah selama 5 minit.
  • Kemudian balikkan ayam dan sapu jus serta lebihan butter cair kat ayam.
  • Tutup semula ayam dengan penutup jaring setkan suhu 200 darjah selama 20 minit.
  • Buka penutup jaring dan sapukan cecair butter, setkan 190 darjah selama 5 minit.
  • Jika ayam besar perlu tambah lagi masa.
  • Kakmie guna ayam saiz 1.3-1.6 kg untuk masa yang Kakmie nyatakan di atas.
Jika anda nak lebih faham, boleh tengok step by step video di bawah. Kakmie buat supaya anda nampak lebih jelas lagi.
 

 

 

Inilah ebook 27 Resepi Air Fryer Istimewa yang Kakmie beritahu tu.

 

Ia bukan sekadar memuatkan resepi tetapi juga teknik-teknik dan trik rahsia hasil daripada eksperimen-eksperimen Kakmie.

 

 

Untuk pembeli ebook ini Kakmie bagi lagi 9 bonus tambahan.

 

 

Anda boleh dapat offer tersebut dengan klik butang di bawah.

 

Please follow and like us:

27 RESEPI AIR FRYER ISTIMEWA bukan sekadar ebook yang menghimpunkan resepi air fyer special Kakmie, tapi dalam ebook ini juga Kakmie kongsikan tips dan teknik rahsia penggunakan air fryer yang jarang dikongsikan oleh orang. 

Dapatkan tips dan resepi air fryer PERCUMA

 

Pelbagai tips dan resepi menarik untuk dipelajari secara percuma. Masukkan nama dan email di borang dan klik butang daftar. Anda akan terima tips dan resepi percuma di email anda.

Follow FB dan IG Kakmie

Leave a Comment

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial