Tips masak daging bakar air fryer

Daging bakar seolah-olah sinonim dengan bulan Ramadhan.

Rata-rata buat menu daging bakar sama ada untuk berbuka atau pun bersahur.

Malahan kalau pergi bazar Ramadhan tu, dari jauh dah bau semerbak daging bakar.

 

Cicah pulak air asam. fuhh!

 

Bagi yang ada air fryer ini lah peluang kita nak masak daging bakar yang paling senang, cepat dan sedap!

 

Cuma ada yang tak confidence sebab bila masak daging bakar selalunya tak masak sempurna. Kadang-kadang tu daging rentung dan keras.

 

Jadi, kali ni Kakmie nak share pula bagaimana tips untuk kita masak daging bakar guna air fryer supaya menjadi elok dan sedap. 

InsyaAllah.

 

Tips 1

  1. Basuh bersih daging.
  2. Perap bersama bahan perapan (sekurangnya dengan garam dan lada sulah/lada hitam). Tempoh masa perap sebaiknya 2 atau 3 jam.
  3. Sebaiknya jangan terlalu banyak bahan perapan yang kita guna sebab boleh menenggelamkan rasa sebenar daging.
  4. Semasa perap pastikan daging diletakkan dalam bekas bertutup dan ditempat dingin. Jika nak bekukan boleh juga.
  5. Biasanya jika bekukan akan berlaku daging melekat antara satu sama lain, tak pe, boleh masukkan terus ke dalam air fryer tanpa defrost.
  6. Selepas beberapa minit buka bakul dan leraikan yang melekat tu, susun satu layer sahaja untuk daging masak sekata.
  7. Jika daging marinate baku ni masa bakar ditambah 10-15 minit daripada daging pada suhu bilik.

Tips 2

  1. Sebaiknya panaskan dahulu bakul air fryer selama 3 minit utnuk elak ia melekat teruk dan juga persediaan ruang panas dalam air fryer. (jika perlu sapu minyak sikit kat bawah bakul).
  2. Ini boleh membantu daging masak lebih sempurna juga.
  3. Jika nak lapik daun pisang kat dalam bakul air fryer pun boleh untuk elak daging melekat dan isinya lebih berjus.

Tips 3

  1. Semasa sedang membakar, pada separuh masa buka bakul dan balikkan daging.
  2. Tujuannya adalah untuk daging masak lebih sekata.
  3. Anda boleh pastikan tahap level apa yang anda nak untuk daging bakar dengan selalu buka bakul air fryer untuk check.
  4. Sebab di kalangan kita yang suka daging 1/2 masak.

Tips 4

  1. Masa dan suhu juga perlu diambil berat.
  2. Elakkan bakar terlalu lama sebab ia boleh membuatkan daging bakar akan keras dan liat.
  3. Jika suhu terlalu tinggi, bahagian akan cepat hangus tetapi isi dalam masih mentah.

Tips 5

  1. Elakkan terlalu banyak guna bahan yang manis seperti madu, gula dan kicap.
  2. Ini akan membuatkan daging cepat hangus tapi isi dalam masih mentah.

Tips 6

  1. Kenal pasti air fryer masing-masing.
  2. Kita akan tahu ragam air fryer kita, sama ada ia cepat panas dan sebagainya. Jadi senang untuk kita selaraskan suhu dan masa untuk masak daging bakar yang sempurna.

Orait, itulah 6 tips yang boleh jadi panduan untuk masak daging bakar air fryer. 

 

Sebagai bonus Kakmie nak bagi satu resepi daging bakar air fryer yang best kepada anda.

 

 

Resepi Daging Bakar Air Fryer

 

Bahan-bahan :

 

2 ketul daging

2 biji bawang putih | tumbuk halus

1 batang serai | tumbuk halus

2 sudu besar kicap

2 sudu besar sos tiram

sedikit lada sulah

sedikit chili flakes

sedikit gula melaka

sedikit minyak masak

 

 

Cara memasak :

 

1. Gaulkan semua bahan di atas hingga sebati.

2. Perapkan daging sekurang-kurangnya 2 atau 3 jam.

3. Apabila nak membakar, panaskan terlebih dahulu air fryer dalam masa 3 minit. (jika perlu letak minyak kat bahagian bawah bakul untuk elak melekat teruk)

4. Bagi yang nak lapik daun pisang, selepas panaskan air fryer baru masukkan daun pisang dan daging.

*Jika guna daun pisang pastikan daging menindih betul-betul daun pisang untuk elak daun tu terbang kena coil pemanas.

*Jika nak letak daging dierct kat bakul pun boleh.

5. Set kan air fryer :

  •  Suhu 190 darjah
  • Masa 22-25 minit (ikut saiz dan kuantiti daging)

*separuh masa buka bakul dan balikkan daging supaya daging masak sekata.

6. Orait. daging bakar air fryer dah siap!

 

 

Ok, kat bawah ni Kakmie tunjukkan gambar step by step proses daging bakar air fryer yang Kakmie buat.

 

Daging selepas perap 2 @ 3 jam.

 

Teknik di atas ni Kakmie guna teknik panaskan dulu bakul dan baru letak daging.

 

Suhu 190 darjah

Masa 22-25 minit (ikut sazi dan kuantiti)

*separuh masa buka bakul air fryer dan balikkan daging.

 

Manakala teknik di atas ni pula, Kakmie letak daun pisang.

 

Suhu 190 darjah

Masa 22-25 minit (ikut saiz dan kuantiti)

*separuh masa buka bakul air fryer dan balikkan daging.

 

Di atas ni adalah daging marinate yang dah dibekukan (frozen).

 

Untuk bakar dalam air fryer tak perlu defrost, boleh masukkan terus ke dalam bakul air fryer.

 

 

Cara nak bakar daging marinate beku (frozen)

 

1. Panaskan sekejap air fryer dalam masa 3 minit saja.

2. Kemudian masukkan daging marinate beku tu ke dalam bakul air fryer tanpa defrost.

3. Set kan air fryer :

  •  Suhu 190 darjah
  • Masa 30-35 minit (ikut saiz dan kuantiti)
  • Jika daging tadi bertindan atau melekat sebab beku, tak pe masukkan terus ke dalam air fryer. Selepas 5 minit buka bakul dan pisahkan, susun buat satu layer sahaja.
  • Kemudian sambung bakar semula.
  • Separuh masa buka bakul lagi dan balikkan daging tersebut supaya kedua-dua bahagian masak sekata.
  • Sambung semula bakar sehingga habis masa.
4. Orait. Siap!
 

 

Wokeh, itu saja yang Kakmie nak share dengan anda semua untuk kali ni.

 

Kakmie suka nak ingatkan juga, jika sekali kita gagal dapat hasil daging bakar yang kita nak, jangan putus asa.

 

Buat lagi dan lagi.

 

InsyaAllah, anda akan makin mahir dan makin kenal air fryer masing-masing.

 

Bagi yang masih ragu-ragu dan ingin panduan suhu dan masa masakan air fryer, Kakmie ada sediakan jadual panduan suhu dan masa lebih 100 jenis masakan air fryer untuk memudahkan anda rujuk dengan cepat. 

 

 

Jadual panduan ini merupakan BONUS kepada pembeli ebook 27 Resepi Air Fryer Istimewa daripada Kakmie. Selain tu ada 8 lagi BONUS berupa video tutorial tips dan resepi air fryer serta dapat join group support Kakmie untuk bimbingan berterusan.

 

Boleh klik sini untuk pembelian ebook 27 Resepi Air Fryer Istimewa 

Please follow and like us:

27 RESEPI AIR FRYER ISTIMEWA bukan sekadar ebook yang menghimpunkan resepi air fyer special Kakmie, tapi dalam ebook ini juga Kakmie kongsikan tips dan teknik rahsia penggunakan air fryer yang jarang dikongsikan oleh orang. 

Dapatkan tips dan resepi air fryer PERCUMA

 

Pelbagai tips dan resepi menarik untuk dipelajari secara percuma. Masukkan nama dan email di borang dan klik butang daftar. Anda akan terima tips dan resepi percuma di email anda.

Follow FB dan IG Kakmie

Leave a Comment

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial