Kakmie terpanggil untuk share sekali lagi tips pasal ni.
Selalu bila waktu sahur memang semua nak cepat. Kalau boleh nak masak yang simple-simple dan dapur tak berselerak teruk.
Betul kan.
Bila nak simple dan mudah memang kita target nak masak guna air fryer kan. Cuma risau jugak kalau guna air fryer untuk masak sahur takut lambat masak, masih mentah dan macam-macam lagi.
Jadi salah satu solusi kita buat ayam marinate siap-siap dan bekukan dalam peti sejuk beku.
Ada 2 pilihan cara buat :
1. Ayam fresh + marinate(perap) + bekukan(frozen)
2. Ayam rebus + marinate(perap) + bekukan(frozen)
Suhu dan masa setting air fryer :
1. Ayam fresh
▪️suhu 190 darjah
▪️masa 45-50 minit
* bergantung dengan saiz dan tahap beku ayam, jika terlalu beku boleh tambah masa.
2. Ayam rebus
▪️suhu 180-190 darjah
▪️masa 25-30 minit
* boleh buka bakul untuk check tahap garing ayam.
Resepi, tips, cara-cara dan bahan yang digunakan untuk rebus ayam tu kakmie ada share kat sini Tips Air Fryer Ramadhan
Perhatian :
1. Ayam perlu diletakkan direct (tanpa pelapik) ke dalam bakul air fryer supaya proses ayam beku lebih cepat masak.
– Bila tanpa pelapik haba panas akan bertindak keseluruhan ayam dan proses memasak jadi lebih sempurna.
2. Dicadangkan panaskan dahulu bakul air fryer(tanpa makanan) untuk bagi ruang dalam air fryer panas dan lebih mudah ayam beku tu cair cepat.
– Panaskan sekejap dalam 3 minit.
– Satu lagi kelebihan jika panaskan dahulu bakul ni boleh elakkan makanan melekat teruk kat bakul air fryer.
3. Boleh buka bakul bila separuh masa memasak berjalan untuk check.
– Jangan takut untuk buka bakul ya, kalau nak check boleh je bukak bakul. Tak jadi masalah.
4. Jika ayam marinate beku kita bertindan-tindan dan dan melekat, tak pe..jangan risau, boleh masak macam biasa.
– Masukkan saja ayam beku tu ke dalam bakul air fryer.
– Setting suhu dan masa. Mula memasak.
– Selepas 4@5 minit buka bakul dan pisahkan atau leraikan ayam beku tadi (jika masih melekat sambung lagi proses masak).
– Ayam yang dipisahkan tu letak elok-elok tanpa bertindan dalam satu layer saya dalam bakul air fryer.
– Nanti balikkan ke sebelah untuk masak dan garing sekata.
Alhamdulillah. Inilah hasilnya.
Orait, itu saja tips air fryer Ramadhan daripada Kakmie untuk hari ni.
Semoga bermanfaat. 😉