Tips goreng ayam guna air fryer tetap garing walau tanpa setitik minyak

Ramai yang ‘frust’ bila bab goreng ayam dalam air fryer, tak garing dan tak sedap.

 

Rasa tepung kunyit! Ada ketikanya ayam tak masak sekata.

 

Ada juga yang dah cuba setting tambah masa menggoreng tapi keras pulak jadinya. huhu.

 

 

Ok, tak pe. Jangan risau. Kakmie boleh bantu anda yang ada masalah begini.

Berdasarkan eksperimen Kakmie, kita boleh goreng ayam dalam air fryer tanpa guna setitik minyak pun.

 

 

 

 

Tak percaya?

 

Ramuannya senang sangat.

Hanya campuran bawang putih, kunyit dan garam.

Cuma tipsnya, semua bahan campuran perlu dijadikan pes (perlu cair sikit, supaya ayam tak rasa tepung kunyit)

 

Satu lagi tips, pastikan separuh masa memesak balikkan.

– Suhu 180-190 darjah

– Masa 20-25 minit

 

 

Jom. Kakmie tunjukkan resepinya.

 

Resepi Ayam Goreng Kunyit Air Fryer
 

BAHAN-BAHAN :

Ayam | potong kecik

3 ulas bawang putih | tumbuk halus

Halia (jika suka) | tumbuk halus

Garam secukup rasa

Kunyit hidup/serbuk

 

CARA MEMASAK :

1. Bahan tumbuk jadikan pes (berair sedikit).

2. Lumurkan kat ayam.

3. Perap ayam sekurang-kurangnya 1 jam.

4. Apabila nak menggoreng, setkan air fryer.

5. Untuk elak ayam melekat terus boleh guna tips ini ;

*sapu minyak sedikit bahagian bawah bakul dan panaskan sekejap air fryer.

6. Kemudian baru letakkan ayam ke dalam bakul air fryer.

7. Setkan air fryer ;

  •  suhu 180-190 darjah
  • masa 20-25 minit (ikut saiz dan kuantiti)
  • separuh masa buka bakul dan balikkan

8. Orait. Siap!

 

Baru-baru ni Kakmie ada juga buat satu video untuk tunjukkan kepada semua bagaimana Kakmie buat step by step dan tips serta resepi bagaimana Kakmie goreng ayam kunyit tanpa minyak dalam air fryer.

 

Nak tengok tak?

 

Orait, semuanya Kakmie share kat dalam video ni

 

 

 

Best kan. Lepas ni Kakmie percaya anda semua pun boleh buat ayam goreng yang garing dan sedap. Senang la, anak-anak pun suka makan.

 

Sebenarnya Kakmie ada kumpulkan juga banyak lagi tips dan resepi air fryer yang best-best kat dalam ebook 27 Resepi Air Fryer Istimewa . Sebahagian besarnya Kakmie tak pernah share kat mana-mana tau! 

 

Ok, antara resepi yang kakmie muatkan dalam tu adalah seperti di bawah. 

 

 

Jika berminat boleh buat pembelian di sini 

 

Please follow and like us:

27 RESEPI AIR FRYER ISTIMEWA bukan sekadar ebook yang menghimpunkan resepi air fyer special Kakmie, tapi dalam ebook ini juga Kakmie kongsikan tips dan teknik rahsia penggunakan air fryer yang jarang dikongsikan oleh orang. 

Dapatkan tips dan resepi air fryer PERCUMA

 

Pelbagai tips dan resepi menarik untuk dipelajari secara percuma. Masukkan nama dan email di borang dan klik butang daftar. Anda akan terima tips dan resepi percuma di email anda.

Follow FB dan IG Kakmie

Leave a Comment

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial