Tips bakar ikan Air Fryer jadi lebih sedap

Anda mengamalkan cara pemakanan yang sihat? Seperti kurangkan pengambilan minyak dalam masakan. Dengan kesibukkan kerja anda memilih jalan mudah dengan hanya membakarnya sahaja.

 

 

Kalau begitu, Jom! Jadikan masakan biasa dengan rasa yang luar biasa.

 

Jika anda yang merupakan penggemar ikan bakar, ini merupakan resepi special yang anda mesti cuba kerana keunikan cara masaknya dan rasanya yang betul-betul lain daripada biasa.  Jadi pastikan anda betul-betul ikut caranya, oky. 

 

 

 

Tips bakar ikan Air Fryer jadi lebih sedap

Rahsianya adalah dengan ‘membalut’ ikan tersebut.

▪️pastikan ikan dibalut kemas-kemas dengan daun pisang/ kertas. (untuk elak kertas terbang)

▪️pastikan saiz daun/ kertas jangan terlalu besar. (suapaya tidak terkena coil pemanas)

 

Kenapa ikan perlu dibalut adalah untuk mengekalkan jus pada ikan supaya tidak kering.

 

Bahan-bahan :

Ikan siakap/jenahak/merah
2 ulas bawang merah (hiris)
2 inci halia (hiris)
2 batang serai (hiris)
1 biji cili (hiris)
Lada putih
Lada hitam
Air limau kasturi
Garam

 

Cara-cara :

1. Gaul semua bahan dengan ikan.
2. Balut ikan guna daun pisang/baking paper.
3. Set kan air fryer
▪️suhu 190 darjah
▪️masa 20-25 minit (ikut saiz ikan)
4. Siap!
5. Cicah ikan dengan kicap+bawang putih+cili+limau kasturi. Perghhhhhh

 

Selamat mencuba

Please follow and like us:

27 RESEPI AIR FRYER ISTIMEWA bukan sekadar ebook yang menghimpunkan resepi air fyer special Kakmie, tapi dalam ebook ini juga Kakmie kongsikan tips dan teknik rahsia penggunakan air fryer yang jarang dikongsikan oleh orang. 

Dapatkan tips dan resepi air fryer PERCUMA

 

Pelbagai tips dan resepi menarik untuk dipelajari secara percuma. Masukkan nama dan email di borang dan klik butang daftar. Anda akan terima tips dan resepi percuma di email anda.

Follow FB dan IG Kakmie

Leave a Comment

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial