Tips Ayam Goreng ala KFC air fryer rangup dan sedap!

Nak makan KFC dah mahal dah sekarang.

 

Jom! buat sendiri lah kat rumah.

 

Lagipun kita nak guna air fryer boleh kurangkan minyak. Cuma kadang-kadang ada yang takut nak goreng ayam bertepung macam ni.

Takut tak garing dan masih rasa tepung.

Betul tak?

 

Ok, kat sini Kakmie nak dedahkan 12 Rempah RAHSIA untuk Resepi Ayam Goreng ala KFC ni.

 

InsyaAllah menjadi.

 

Selepas berkali-kali buat, hasilnya memang rasa sebijik macam KFC. Tekstur isi dalamnya lembut, berjus dan bahagian luar, fuhhh! rangup, garing dan sangat sedap.

 

Kakmie harap anda pun kena cuba resepi ni, sangat-sangat puas hati.

 

Resepi Ayam Goreng Ala KFC air fryer

Bahan-bahan :

 

4@5 ketul ayam
1 cawan tepung gandum
2 cawan buttermilk~(2 cawan susu segar+1 sudu besar cuka)
4 sudu teh paprika
3 sudu teh white pepper (lada putih)
1 sudu teh black pepper (lada hitam)
1 sudu teh dried mustard
1 sudu teh ground ginger
1/2 sudu teh thyme
1/2 sudu teh basil
1/3 sudu teh oregano
3 sudu teh garlic & herbs salt
2 sudu teh garam (kakmie guna garam pink himalaya)

 

 

 

Cara-cara :


1. Perap ayam bersama buttermilk selama 2@3 jam.
2. Campurkan semua bahan-bahan kering dan gaul sebatikan.
3. Celup ayam dalam bahan campuran.
4. Golek-golekkan (14-15 kali golek) supaya seluruh isi ayam bersalut cantik.
6. Sapu minyak (bahagian bawah bakul air fryer) dan panaskan sekejap 2@3 minit bakul air fryer tu ye.
5. Kemudian susun ayam ke dalam bakul air fryer dan spray sikit minyak kat isi ayam.
6. Set kan air fryer :
▪️suhu 180 darjah
▪️masa 20-25 minit (ikut kuantiti)
7. Balik-balikkan separuh masa dan spray sikit minyak lagi.
8. Sambung semula menggoreng hingga habis masa.
9. Ok. Siap!
10. Boleh lah menikmati homemade Ayam Goreng ala KFC bersama famili.

 

Inilah ayam dan buttermilk yang Kakmie perap dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 2@3 jam.

Ini adalah rempah-rempah yang Kakmie guna. Nanti kita nak gaulkan bersama.

Ambik ayam yang diperap dengan buttermilk tu, golek-golekkan ke dalam campuran rempah dan tepung tadi.

 

Proses ni buat ulang-ulang 14-15 kali golek.

Sapu minyak kat bahagian bawah bakul dan panaskan sekejap dalam 3 minit. Ini bertujuan untuk elakkan ayam goreng kita melekat teruk kat bakul air fryer.

 

Kemudian, baru lah susun ayam yang dah bertepung tu ke dalam bakul air fryer seperti gambar di atas.

 

Kemudian spray minyak ke atas ayam sebelum goreng dalam air fryer.

 

Kakmie guna botol spray macam dalam gambar di atas. Botol tu Kakmie beli kat Daiso je. Hehe

 

Inilah hasil yang dah siap. Garing sangat! Alhamdulillah.

 

Tengok la isi dalamnya tu. Sangat lembut dan berjus.

Rasa memang sebijik macam ayam KFC.  Hehe

 

Orait bagi yang nak tengok real bagaimana Kakmie buat ayam goreng air fryer ala KFC ni, Kakmie ada video tunjukkan step by step resepi dan cara buatnya. Anda boleh tengok video di bawah ni ya. 

 

 

 Orait. Itu saja untuk kali ini. InsyaAllah ada kelapangan nanti Kakmie akan share lagi tips dan resepi yang best-best.

 

Atau ada yang nak buat menu lain boleh gak. Dalam Ebook kakmie Ebook 27 Resepi Air Fryer Istimewa ada banyak lagi tips dan resepi air fryer dan masih available dengan 9 BONUS video tutorial.

 

Selamat mencuba!

Please follow and like us:

27 RESEPI AIR FRYER ISTIMEWA bukan sekadar ebook yang menghimpunkan resepi air fyer special Kakmie, tapi dalam ebook ini juga Kakmie kongsikan tips dan teknik rahsia penggunakan air fryer yang jarang dikongsikan oleh orang. 

Dapatkan tips dan resepi air fryer PERCUMA

 

Pelbagai tips dan resepi menarik untuk dipelajari secara percuma. Masukkan nama dan email di borang dan klik butang daftar. Anda akan terima tips dan resepi percuma di email anda.

Follow FB dan IG Kakmie

Leave a Comment

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial