Teknik goreng guna air fryer tetap garing seperti ‘deep fry’

Hai berjumpa lagi.

 

Kakmie harap anda semua happy memasak menggunakan air fryer. Jika ada sebarang persoalan atau pertanyaan sila ajukan kat ruang komen. 

InsyaAllah Kakmie sedia membantu.

 

Ok, sebelum ni Kakmie ada share pasal teknik goreng air fryer boleh menggantikan cara goreng minyak banyak ‘deep fried’ pada posting yang lepas.

 

Teknik 1 : (tepung cair+tepung+spray sedikit minyak)

Teknik 2 : (tepung cair+telur+tepung+telur+bradcrambs+spray sedikit minyak)

 

Jika ada yang terlepas boleh tengok sini ya Percaya tak, air fryer mampu ganti ‘deep fry’

 

Jadi, hari ni Kakmie nak sambung 4 lagi teknik yang sangat membantu kita.

 

Teknik 3
(tepung cair+tepung+spray)

  • Pastikan tepung yang kita nak guna perlu dicampurkan sedikit air terlebih dahulu.
  • Kemudian celup ke dalam tepung kering.
  • Selepas tu, spray/sapu sedikit minyak ke atas makanan sebelum kita start goreng guna air fryer.
  • Pertengahan masa balikkan makanan dan spray sedikit lagi minyak.
  • Contoh masakan yang pernah buat guna teknik ni adalah Peria Goreng Celup Tepung Air Fryer.

Peria Goreng Celup Tepung Air Fryer

Suhu 180 darjah, Masa 8 minit

 

Teknik 4
(tepung cair+spray sedikit minyak)

  • Pastikan tepung yang kita nak guna perlu dicampurkan sedikit air terlebih dahulu.
  • Selepas tu, spray/sapu sedikit minyak ke atas makanan sebelum kita start goreng guna air fryer.
  • Contoh masakan yang pernah buat guna teknik ni adalah Cempedak Goreng Air Fryer.

Cempedak Goreng Air Fryer

Suhu 180 darjah, Masa 10-12 minit

 

Teknik 5
(telur+breadcrumbs) goreng tanpa minyak

  • Telur dipukul sedikit.
  • Sediakan breadcrumbs untuk last proses.
  • Ambil makanan dan celup ke dalam telur.
  • Kemudian celup pulak ke dalam breadcrumbs dan goreng dalam air fryer.
  • Jika perlu separuh masa balikkan dan sambung semula masak.
  • Contoh masakan yang pernah buat guna teknik ni adalah Roti Tuna Crispy Air Fryer.

Roti Tuna Crispy Air Fryer

Suhu 170 darjah, Masa 5-7 minit

 

Teknik 6
(goreng tanpa minyak sebab makanan tersebut sudah ada lelemak)

  • Contoh masakan yang pernah Kakmie buat guna teknik ni adalah Ayam Goreng Kunyit Air Fryer.

Ayam Goreng Kunyit Air Fryer

Suhu 180-190 darjah, Masa 20-25 minit

 

 

Alhamdulillah, selesai sudah Kakmie share 6 teknik yang perlu kita tahu untuk goreng guna air fryer seperti goreng ‘deep fry’.

 

Hakikatnya air fryer boleh masak macam-macam makanan dengan sedap asalkan kita tahu tips dan teknik yang betul. Bagi yang baru nak berjinak-jinak untuk memasak guna air fryer, rajin-rajin lah buat pelbagai eksperimen dengan air fryer masing-masing.

 

InsyaAllah nanti anda akan kenal ragam dan keupayaan air fryer anda.

 

Oh ya, bagi yang nak tips penjagaan air fryer dan cara cuci air fryer, Kakmie ada sediakan video tutorial khas untuk pembeli ebook 27 Resepi Air Fryer Istimewa. Jika berminat Kakmie alu-alukan.

 

 

Orait itu saja untuk kali ni.

 

Salam Sayang daripada Kakmie.

Happy masak dengan air fryer!

 

Please follow and like us:

27 RESEPI AIR FRYER ISTIMEWA bukan sekadar ebook yang menghimpunkan resepi air fyer special Kakmie, tapi dalam ebook ini juga Kakmie kongsikan tips dan teknik rahsia penggunakan air fryer yang jarang dikongsikan oleh orang. 

Dapatkan tips dan resepi air fryer PERCUMA

 

Pelbagai tips dan resepi menarik untuk dipelajari secara percuma. Masukkan nama dan email di borang dan klik butang daftar. Anda akan terima tips dan resepi percuma di email anda.

Follow FB dan IG Kakmie

6 thoughts on “Teknik goreng guna air fryer tetap garing seperti ‘deep fry’”

  1. Terima Kasih Kak Mie atas segala perkongsian..Tak jemu² berkongsi ilmu..Moga Kakmie murah rezeki sentiasa..Aamiinn…

  2. terima kasih kak mie atas sesudian kak mie berkongsi masakan..barulah rasa bagusnya ada air fryer kan….moga kak mie dimurahkan rezeki sentiasa ..aamiin..

  3. Saya baru sahaja membeli sebuah air fryer. Blog Kakmie adalah blog pertama saya masuk dalam mencari resepi. Saya juga telah mendaftar. Terima kasih. Semuga terus cemerlang.

Leave a Reply to NORLIZA BINTI MOHAMED Cancel reply

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial