Resepi Chicken Chop (air fryer)

Sebut je Chicken Chop mesti kita terbayang ayam tanpa tulang yang bersalut tepung digoreng rangup krup krup.

Tapi kali ni kakmie cabar diri sendiri. Kakmie akan buat eksperimen Chicken Chop goreng guna air fryer!

Chicken Chop goreng guna air fryer. Boleh ke kakmie? Hehee

Bukan kata orang lain, kakmie sendiri pun ragu-ragu. Risau tak garing dan tak sedap je.

Kata orang kalau tak cuba kita tak tahu.
Betul tak?

Kakmie gunakan sedikit pengalaman masak guna air fryer sebelum. Ikut beberapa tips.

Alhamdulillah. Hasilnya sedap,rangup!

Sapa nak cuba?
Kakmie share resepi kat bawah ni ye.

CHICKEN CHOP air fryer

BAHAN-BAHAN :

▪️Ayam tanpa tulang | bahagian paha


▪️1/2 cawan buttermilk @ susu segar + 1 sudu besar cuka
▪️2 biji bawang putih | tumbuk lumat
▪️4 sudu besar sos tiram
▪️2 sudu besar kicap masin
▪️2 sudu besar kicap lemak manis


▪️1 biji telur + sedikit garam | pukul sikit
▪️Bread crumbs secukupnya


▪️Sedikit minyak masukkan dalam botol spray

CARA MEMBUAT :

1. Campurkan semua bahan (bawang putih,sos tiram,kicap) bersama paha ayam tanpa tulang dan gaul sekata.


2. Kemudian masukkan buttermilk atau susu segar+cuka ke dalam ayam tadi. Gaul lagi hingga sekata.


3. Perap ayam selama 1/2 jam – 1 jam supaya rasa isi ayam menjadi lebih sedap.

4. Kemudian toskan ayam dan letak dalam pinggan berasingan.

5. Masukkan ayam ke dalam telur.


6. Kemudian letakkan ayam ke dalam pinggan berisi bread crumbs. Pastikan disaluti sepenuhnya.

7. Ini lah rupa ayam bersalut bread crumbs dan sudah sedia untuk digoreng menggunakan air fryer.


8. Masukkan ayam tadi ke dalam bakul air fryer.

Kemudian spray sedikit minyak ke atas ayam sebelum proses menggoreng.

Setkan air fryer :

▪️Suhu 190 darjah
▪️Masa 20 minit
*separuh masa balikkan ke bahagian sebelah satu lagi dan spray minyak.


9. Begini lah hasil ayam ‘Chicken Chop’ kita selepas digoreng selama 20 minit menggunakan air fryer.

Tak perlu lagi risau nak ‘deep fried’ dengan minyak yang banyak.

 

 

Please follow and like us:

27 RESEPI AIR FRYER ISTIMEWA bukan sekadar ebook yang menghimpunkan resepi air fyer special Kakmie, tapi dalam ebook ini juga Kakmie kongsikan tips dan teknik rahsia penggunakan air fryer yang jarang dikongsikan oleh orang. 

Dapatkan tips dan resepi air fryer PERCUMA

 

Pelbagai tips dan resepi menarik untuk dipelajari secara percuma. Masukkan nama dan email di borang dan klik butang daftar. Anda akan terima tips dan resepi percuma di email anda.

Follow FB dan IG Kakmie

Leave a Comment

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial