Anda penggemar ayam KFC?
Mesti anda terbayang teksturnya yang garing dan berjus di dalam.
Rasanya pasti membuatkan anda menjilat jari dan anda rasa nak lagi.
Nak makan selalu bajet takde. Jangan risau sekarang anda boleh buat ayam KFC anda sendiri di rumah menggunakan air fryer.
Kami akan dedahkan rempah rahsia dan teknik memasak sampai anda susah nak bezakan KFC ori dan ‘KFC’ air fryer ini.
12 Rempah RAHSIA digoreng tanpa minyak dengan air fryer
Rasa sebijik macam KFC
Bahan-bahan :
4@5 ketul ayam
1 cawan tepung gandum
2 cawan buttermilk~(2 cawan susu segar+1 sudu besar cuka)
4 sudu teh paprika
3 sudu teh white paper
1 sudu teh black paper
1 sudu teh dried mustard
1 sudu teh ground ginger
1/2 sudu teh thyme
1/2 sudu teh basil
1/3 sudu teh oregano
3 sudu teh garlic & herbs salt
2 sudu teh garam (kakmie guna garam pink himalaya)
Cara-cara :
1. Perap ayam bersama buttermilk selama 2@3 jam.
2. Campurkan semua bahan-bahan kering dan gaul sebatikan.
3. Celup ayam dalam bahan campuran.
4. Golek-golekkan (14-15 kali golek) supaya seluruh isi ayam bersalut cantik.
6. Sapu minyak (bahagian bawah bakul air fryer) dan panaskan sekejap 2@3 minit bakul air fryer tu ye.
5. Kemudian susun ayam ke dalam bakul air fryer dan spray sikit minyak kat isi ayam.
6. Set kan air fryer :
▪️suhu 180 darjah
▪️masa 20-25 minit (ikut kuantiti)
7. Balik-balikkan separuh masa dan spray sikit minyak lagi.
8. Sambung semula menggoreng hingga habis masa.
9. Ok. Siap!
10. Boleh lah menikmati homemade Ayam Goreng ala KFC bersama famili.
Yang bestnya resepi ini memang sebiji rasa KFC tapi kurang minyak dan lebih sihat.
Selamat mencuba!
Kakmie juga ada kumpulkan 27 resepi air fryer istimewa dalam ebook.
Ia bukan sekadar memuatkan resepi tetapi juga teknik-teknik dan trik rahsia Kakmie gunakan untuk jadikan masakan air fryer Kakmie sedap dan istimewa.
Untuk pembeli ebook ini Kakmie bagi lagi 9 bonus tambahan.
Anda boleh dapatkan offer tersebut dengan klik butang di bawah.
2 thoughts on “Resepi Ayam KFC Air Fryer”
Tq k. Mie, in sya Allah…nanti sy beli buku k. Mie tu ye. Nak jgk tau tntg resepi n tips air fryer.
thanks