Resepi Ayam Goreng Ala KFC

Harini, Kakmie nak kongsikan satu menu istimewa iaitu ayam goreng ala KFC menggunakan air fryer.

 

 

Dalam resepi ayam KFC ia menggunakan 12 rempah rahsia yang menjadikannya sangat istimewa sehinggakan tiada siapa yang dapat meniru rasa ayam KFC.

 

 

Nak tahu apakah 12 rempah rahsia itu? Jom tengok resepinya. Kakmie dah sediakan lengkap bahan berserta cara-caranya sekali.

 

 

12 Rempah RAHSIA digoreng tanpa minyak dengan air fryer

Rasa sebijik macam KFC

 

Bahan-bahan :

 

 

4@5 ketul ayam
1 cawan tepung gandum
2 cawan buttermilk~(2 cawan susu segar+1 sudu besar cuka)
4 sudu teh paprika
3 sudu teh white paper
1 sudu teh black paper
1 sudu teh dried mustard
1 sudu teh ground ginger
1/2 sudu teh thyme
1/2 sudu teh basil
1/3 sudu teh oregano
3 sudu teh garlic & herbs salt
2 sudu teh garam (kakmie guna garam pink himalaya)

 

Cara-cara :

1. Perap ayam bersama buttermilk selama 2@3 jam.
2. Campurkan semua bahan-bahan kering dan gaul sebatikan.
3. Celup ayam dalam bahan campuran.
4. Golek-golekkan (14-15 kali golek) supaya seluruh isi ayam bersalut cantik.
6. Sapu minyak (bahagian bawah bakul air fryer) dan panaskan sekejap 2@3 minit bakul air fryer tu ye.
5. Kemudian susun ayam ke dalam bakul air fryer dan spray sikit minyak kat isi ayam.
6. Set kan air fryer :
▪️suhu 180 darjah
▪️masa 20-25 minit (ikut kuantiti)
7. Balik-balikkan separuh masa dan spray sikit minyak lagi.
8. Sambung semula menggoreng hingga habis masa.
9. Ok. Siap!

10. Boleh lah menikmati homemade Ayam Goreng ala KFC bersama famili.

 

 

Selamat Mencuba!

 

 

Kakmie juga ada kumpulkan 27 resepi air fryer istimewa dalam ebook.

 

Ia bukan sekadar memuatkan resepi tetapi juga teknik-teknik dan trik rahsia Kakmie gunakan untuk jadikan masakan air fryer Kakmie sedap dan istimewa.

 

 

Untuk pembeli ebook ini Kakmie bagi lagi 9 bonus tambahan.

 

 

Anda boleh dapatkan offer tersebut dengan klik butang di bawah.

 

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial