Puding Roti siap 10 minit

Suka minum petang?

 

 

Bila petang mesti rasa nak makan sesuatu dengan teh atau kopi yang panas berasap.

 

 

Pastu cari apa-apa yang boleh dikunyah.

 

 

Tapi kat rumah cuma ada sebuku roti.

 

 

‘Boring’ dah sapu roti dengan jam atau mentega je hari-hari.

 

 

Nak juga kelaianan.

 

 

Kalau itu yang anda fikirkan, jom cuba puding roti.

 

 

Resepi ni paling mudah dan hanya 10 minit untuk siap masak.

 

 

 

Puding Roti Air Fryer siap 10 minit

 

 

Bahan Puding :

1 buku roti sandwich ( lagi sedap jika guna roti butterscotch )
3 cawan susu segar
4 sudu besar gula
2 biji telur
2 sudu besar (50gm) butter
1 sudu besar esen vanilla

 

 

Cara-caranya :

1- Carik-carikan roti dan susun dalam dulang pembakar

 

 

2- Campurkan semua bahan lain, kacau sebati, tuangkan adunan cecair sehingga roti terendam.

 

Biarkan sekejap sehingga roti kembang.

 

 

 

 

 

3- Taburkan kismis dan ceri.

 

 

 

 

 

4- Bakar menggunakan AF (Air Fryer) pada :

   

    suhu 170°

    selama 8-10 minit.

 

 

5- Rasainya kenikmatannya semasa panas-panas atau sejuk bersama sos nya.

 

 

Bahan Sos :

3 -5 sudu besar gula (ikut suka nak manis mana)
2 sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair (paling sedap guna susu Ideal atau susu F&N )
¾ tin air ( sukat guna tin susu)

 

 

Cara-cara:

Campurkan semua bahan, kacau sebati, panaskan atas api sederhana dan kacau sentiasa sehingga kuah sos masak dan menjadi pekat.

 

 

* kalau nak lebih pekat, tambahkan sesudu lagi tepung kastard.

 

 

Tuangkan sos ke atas puding roti dan nikmati lah keenakannya !

 

 

Selamat Mencuba!

 

Kakmie juga ada kumpulkan 27 resepi air fryer istimewa dalam satu ebook.

 

 

 

Ia bukan sekadar memuatkan resepi tetapi juga teknik-teknik dan trik rahsia yang Kakmie gunakan untuk jadikan masakan air fryer Kakmie sedap dan istimewa.

 

 

Untuk pembeli ebook ini Kakmie bagi lagi 9 bonus tambahan.

 

 

Anda boleh dapatkan offer tersebut dengan klik butang di bawah.

 

Please follow and like us:

27 RESEPI AIR FRYER ISTIMEWA bukan sekadar ebook yang menghimpunkan resepi air fyer special Kakmie, tapi dalam ebook ini juga Kakmie kongsikan tips dan teknik rahsia penggunakan air fryer yang jarang dikongsikan oleh orang. 

Dapatkan tips dan resepi air fryer PERCUMA

 

Pelbagai tips dan resepi menarik untuk dipelajari secara percuma. Masukkan nama dan email di borang dan klik butang daftar. Anda akan terima tips dan resepi percuma di email anda.

Follow FB dan IG Kakmie

Leave a Comment

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial