Percaya tak,air fryer mampu ganti ‘deep fry’!

Deep fry’ adalah cara menggoreng guna minyak yang banyak. 

Biasanya kita guna kuali atau alat yang boleh menakung minyak yang banyak supaya gorengan garing dan sedap.

 

Cuma satu je, memang cara ni sangat memudaratkan kesihatan untuk jangkamasa panjang.

 

Jadi ramai di kalangan kita telah menukar cara dan memilih air fryer sebagai solusi terbaik.

 

Cuma ramai yang mengeluh, bila goreng makanan dalam air fryer jadi tak garing pulak, warna pun masih pucat. Tak cantik. huhu

 

Sebenarnya memang tak de salah sapa-sapa. Kita tak salah, air fryer pun tak salah. Cuma kita belum tahu tips dan teknik menggoreng yang betul guna air fryer. 

 

Dan satu perkara yang kita tak boleh nafikan juga, hasil masakan sedikit sebanyak bergantung dengan kualiti dan keupayaan air fryer kita juga. Jadi jika dah tahu ragam air fryer kita, InsyaAllah tak ada masalah sebab kita akan ejes sendiri mengikut air fryer masing-masing.

 

Alhamdulillah sejak buat banyak eksperimen masak guna air fryer ni, Kakmie jumpa macam-macam tips dan teknik yang best. Salah satunya adalah teknik untuk masakan bergoreng boleh rangup dan garing walau guna air fryer. 

 

Ok, Kakmie akan share beberapa teknik bagaimana goreng guna air fryer tetap garing seperti cara ‘deep fry’

 

Teknik 1 

(tepung cair+tepung+spray sedikit minyak)

  • Pastikan tepung yang kita nak guna perlu dicampurkan sedikit air terlebih dahulu.
  • Kemudian sediakan juga tepung yang kering (tanpa letak air)
  • Ambil makanan celup ke dalam tepung cair dan last sekali tepung kering baru masukkan ke dalam air fryer.
  • Selepas tu, spray/sapu sedikit minyak ke atas makanan sebelum kita start goreng air fryer.
  • Pertengahan masa balikkan masakan dan spray sedikit lagi minyak.
  • Contoh masakan yang pernah Kakmie buat teknik ini adalah 
    Ayam Goreng Ala KFC Air Fryer

Ayam Goreng ala KFC Air Fryer

Suhu 180-190 darjah, Masa 20-25 minit


Teknik 2 
(tepung cair+telur+tepung+telur+breadcrambs+spray sedikit minyak)

 

  • Pastikan tepung yang kita nak guna perlu dicampurkan sedikit air terlebih dahulu.
  • Telur dipukul sedikit.
  • Kemudian sediakan juga tepung yang kering (tanpa letak air)
  • Sediakan juga breadcrumbs untuk last proses.
  • Ambil makanan celup ke dalam tepung cair, telur dan tepung kering.
  • Kemudian celup semula ke dalam telur dan last baru gaulkan bersama breadcrumbs baru lah masukkan ke dalam air fryer.
  • Selepas tu, spray/sapu sedikit minyak ke atas makanan sebelum kita start goreng air fryer.
  • Pertengahan masa balikkan masakan dan spray sedikit lagi minyak.
  • Contoh masakan yang pernah Kakmie buat teknik ini adalah Udang Goreng Celup Tepung Air Fryer.

Udang Goreng Celup Tepung Air Fryer

Suhu 165 darjah, Masa 6-8 minit

Di atas ni, Kakmie dah share 2 teknik goreng air fryer yang boleh kita ganti cara ‘deep fry’. Ada lagi 4 teknik lagi yang Kakmie akan share.

Tunggu update post Kakmie akan datang.

 

Sebenarnya Kakmie ada banyak lagi teknik rahsia masak menggunakan air fyer yang Kakmie dah kumpul dalam Ebook 27 Resepi Air Fryer IstimewaYang best lagi untuk setiap pembeli Kakmie bagi lagi 9 BONUS video tutorial tambahan.

Please follow and like us:

27 RESEPI AIR FRYER ISTIMEWA bukan sekadar ebook yang menghimpunkan resepi air fyer special Kakmie, tapi dalam ebook ini juga Kakmie kongsikan tips dan teknik rahsia penggunakan air fryer yang jarang dikongsikan oleh orang. 

Dapatkan tips dan resepi air fryer PERCUMA

 

Pelbagai tips dan resepi menarik untuk dipelajari secara percuma. Masukkan nama dan email di borang dan klik butang daftar. Anda akan terima tips dan resepi percuma di email anda.

Follow FB dan IG Kakmie

3 thoughts on “Percaya tak,air fryer mampu ganti ‘deep fry’!”

  1. Salam. Saya mintak izin berkongsi ilmu. Baru lagi beli air-fryer dapat Jumaat minggu lepas. Belum guna lagi sebab belum sempat nak explore.

Leave a Reply to resepiaf19 Cancel reply

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial