Anda penggemar pavlova? Percayakah anda bahawa pavlova boleh dibakar dengan menggunakan air fryer. Ia mungkin kedengaran mustahil.
Gambar di atas buktinya. Tapi kalau anda masih tak percaya, anda mesti mencubanya. Disini ada resepi berserta cara-caranya yang boleh anda ikuti sebagai panduan.
Selamat mencuba!
Resepi Pavlova (air fryer)
Bahan
4 biji telur (gred A)
1 cawan gula halus
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh vanila
1/2 sudu teh cuka
Cara-caranya:
1. Pukul telur putih medium speed (2 minit).
2. Masukkan gula halus sedikit-sedikit guna medium speed (2 minit)
3. Jika gula belum hancur tambah 1 minit lagi.
4. Masukkan tepung jagung dan vanila high speed (2minit) – pukul sampai kental(bertanduk).
5. Masukkan cuka~guna spatula (kaup balik sedikit jer)
6. Panaskan air fryer – 150 darjah (5minit)
7. Kemudian bukak bakul air fryer dan alaskan baking paper.
8. Paipkan adunan ke dalam bakul air fryer.
9. Setkan suhu :
▪️110 darjah (30 minit + 30 minit)
▪️lepas tu sambung lagi 150 darjah (20 minit)
10. Dah siap. Hiaskan dengan whipping cream/coklat/serbuk koko dan buah-buahan.