Ketam Goreng Sambal Cili Air Fryer

Ramai yang ‘gila’kan ketam. 

 

Kalau pergi kedai seafood tu, memang tak lengkaplah kalau tak de ketam.

 

Dimasak lagi dengan sambal cili pedas, nikmatnya sampai menjilat jari.

 

Dengan isinya yang lembut berlemak bersama kehangatan cili. Fuhh. Sampai berpeluh-peluh makan tu.

 

Kepada anda yang takde idea nak masak apa tapi nak hidangkan sesuatu yang special boleh lah cuba resepi ni.

 

Rasanya sebiji macam makan kat kedai tau.

 

Selamat Mencuba!

 

 

 

Resepi Ketam Goreng Sambal Cili

 

➰Ketam

1.Lumurkan ketam bersama garam dan kunyit.

 

 

 

 

 

2. Goreng dalam air fryer

▪️suhu 165 darjah
▪️masa 5 minit (ikut saiz ketam)

 

 

 

 

 

➰Sambal cili

(Boleh guna yang ‘readymade’)
Kalau nak buat sendiri boleh ikut resepi di bawah ye.

 

1. Tumbuk (blend pun boleh)
– 3 bawang merah
– 1 bawang putih
– sedikit halia
2. Tumis bahan di atas.
3. Masukkan 5-10 tangkai cili kering(kisar)+serbuk cili(jika suka pedas)
4. Masukkan 2 sudu besar sos tiram.
5. Kemudian masukkan 1 sudu besar sos cili.
6. Masukkan air sedikit.
7. Gaul sebati. Masukkan asam jawa,garam sikit.
8. Orait siap.

 

➰ bila ketam selesai masak, masukkan dalam satu loyang letak dalam air fryer.
➰ gaulkan ketam bersama sambal cili tadi.
➰ panaskan sekejap ketam bersalut sambal dalam air fryer
▪️suhu 165 darjah
▪️masa 5 minit.

 

 

Kakmie juga ada kumpulkan 27 resepi air fryer yang istimewa dalam satu ebook.

 

Ia bukan sekadar memuatkan resepi tetapi juga teknik-teknik dan trik rahsia yang Kakmie gunakan untuk jadikan masakan air fryer Kakmie sedap dan istimewa.

 

Untuk pembeli ebook ini Kakmie bagi lagi 9 bonus tambahan.

 

Anda boleh dapatkan offer tersebut dengan klik butang di bawah.

 

Please follow and like us:

27 RESEPI AIR FRYER ISTIMEWA bukan sekadar ebook yang menghimpunkan resepi air fyer special Kakmie, tapi dalam ebook ini juga Kakmie kongsikan tips dan teknik rahsia penggunakan air fryer yang jarang dikongsikan oleh orang. 

Dapatkan tips dan resepi air fryer PERCUMA

 

Pelbagai tips dan resepi menarik untuk dipelajari secara percuma. Masukkan nama dan email di borang dan klik butang daftar. Anda akan terima tips dan resepi percuma di email anda.

Follow FB dan IG Kakmie

1 thought on “Ketam Goreng Sambal Cili Air Fryer”

Leave a Comment

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial