Kenapa Guna Aksesori Air Fryer Penting?

Pernah terfikir tak bagaimana nak masak kek atau makanan cecair dalam air fryer padahal bawah bakul tu berlubang?
Tension la, masakan melekat teruk kat bakul air fryer. huhu. Nak sental kuat nanti rosak pulak bakul tu.
Kalau nak masak banyak jenis makanan serentak dalam bakul air fryer tu boleh ke? Tapi nak buat cam mana erk?
Sebenarnya semua problem di atas kita dapat setel dengan adanya aksesori air fryer.
Percaya lah, mengikut pengalaman Kakmie, aksesori ni banyak membantu kita untuk memasak guna air fryer. Kita pun senang hati.
Ok. Kakmie akan terangkan satu persatu pasal aksesori ni. Sebenarnya aksesori air fryer ni banyak jenis dengan pelbagai fungsinya. Jadi kita harus bijak memilih aksesori yang sesuai dan memenuhi keperluan kita supaya tidak rugi.
Mula-mula Kakmie nak anda kenal dulu apakah jenis aksesori yang sesuai dengan air fryer?

 

Jenis-jenis aksesori untuk air fryer

 Jenis-jenisnya ;

Loyang/bekas stainless steel

  • Kebiasaannya bakul air fryer ada lubang, jadi perlu aksesori (loyang/bekas) untuk mengelakkan makanan yang kecil atau cecair seperti adunan kek terjatuh melalui lubang bakul air fryer.

Acuan kertas(paper cup,acuan roti, acuan kertas bulat atau segiempat)

  • Ada yang risau nak letak acuan kertas dalam air fryer sebab takut terbakar. Tetapi selepas banyak eksperimen Kakmie buat memang ternyata acuan kertas ni sangat sesuai terutama untuk buat cupcake atau muffin. Jangan risau, ia selamat.

Lidi/pencucuk stainless steel

  •  Aksesori seperti lidi/pencucuk stainless steel senang untuk kita masak makanan dalam bentuk satey.

 Pelapik jaring stainless steel/daun pisang /baking paper

  • Dengan menggunakan pelapik jaring stainless steel/daun pisang/baking paper dapat mengelakkan makanan terlalu melekat kat bakul air fryer.

 Mangkuk seramik/kaca/ramekin/bekas tiffin

  • Jika kita perlu memasak banyak jenis makanan satu masa sekali gus dalam bakul air fryer, sangat praktikal jika kita gunakan aksesori bekas kecik-kecik seperti mangkuk seramik/kaca/ramekin dan bekas tiffin. Contohnya kita nak goreng ikan bilis,kacang dan masak telur sentak dalam satu bakul air fryer untuk buat nasi lemak.

Silikon

  • Ada sesetengah masakan seperti kek dan pastry atau waffle, aksesori seperti silikon sangat sesuai digunakan. Cuma kena pastikan aksesori silikon tersebut berkualiti dan selamat.

Bahan asas yang senang didapati

  • Selain aksesori yang ada dijual dipasaran, terdapat jugak aksesori sedia ada di rumah/dapur.
  • Contohnya daun pisang/daun kunyit dan sebagainya.

Namun begitu, apabila kita menggunakan aksesori air fryer ini ada beberapa perkara yang perlu kita ambil perhatian. 

 

Pantang larang guna aksesori air fryer

1. Jika menggunakan aksesori ringan seperti kertas baking/daun pisang harus dibalut kemas/ditindih supaya tidak terbang kena coil pemanas dan kertas akan terbakar.

 

2. Pastikan saiz aksesori sesuai dan muat bakul air fryer supaya bakul dapat ditutup dengan sempurna dan proses memasak berjalan lancar.

Kakmie ada sediakan video tutorial cara mengambil ukuran supaya sesuai dengan bakul air fryer masing-masing. Kepada pembeli ebook 27 Resepi Air Fryer Istimewa kakmie anda akan dapat video tutorial ini sebagai bonus tambahan.

 

3. Pastikan juga penggunaan lidi rotan sesuai supaya tidak terlalu panjang dan terkena coil pemanas.

 

4. Bagi peralatan kaca/seramik dan silikon sesuai dengan kepanasan air fryer supaya ia tidak pecah atau mencair. Boleh rujuk lebel pada bekas-bekas tersebut (pastikan ada lebel ‘save oven’)

Ok. Kakmie harap anda faham tentang pantang larang ini. 

Kakmie yakin, semua ni tak jadi masalah kalau betul-betul ikut.

 

Tentu anda pun tertanya-tanya, kat mana nak dapat aksesori ni Kakmie?

Hehe. Ok kat bawah ni Kakmie senaraikan kat anda beberapa tempat yang tahu dan selalu Kakmie beli aksesori air fryer.

 

Di mana nak cari aksesori air fryer?

1. Boleh didapati bersama air fryer yang kita beli sebagai ‘free gift’ (tapi tak semua jenama ada buat ini).

 

2. Boleh dibeli secara online shopping (Lazada/Shoppee/dan sebagainya.

 

3. Boleh beli melalui pengedar/dealer yang menjual air fryer.

 

4. Boleh beli di kedai jual alatan bakery.

 

5. Terdapat juga di pasaraya/Daiso/DIY/ dan sebagainya.

 

 

Ok. Sekarang dah tahu kan, sangat banyak kegunaan aksesori air fryer nih.

Tempat nak beli pun dah tahu.

Tetapi,

 

Bagaimana nak tahu saiz aksesori yang sesuai dengan air fryer kita?

Ok. Kakmie bagi tips yang mudah dan simple.

 

1. Ukur diameter bakul air fryer terlebih dahulu, kemudian baru beli aksesori.

 

2. Pastikan saiz aksesori lebih kecil daripada bakul air fryer.

* Selalunya aksesori yang ada di pasaran dibuat dalam ukuran inci atau centimeter (cm).

 

Untuk ukur saiz bakul, buka bakul air fryer dari pan dan keluarkan untuk memudahkan kita mengukurnya.

 

 

Ambil ukuran diameter bakul seperti yang Kakmie tunjukkan di atas.

Ukur guna pembaris atau pita ukur pun boleh.

 

Ukur juga ketinggian bakul air fryer kita sebab ada sesetengah aksesori yang tinggi, jadi kita senang tahu ketinggian aksesori yang sesuai dan muat dengan bakul air fryer kita.

 

 

 Bila kita dah tahu ukuran bakul air fryer, senang kita nak beli aksesori yang muat dengan air fryer sendiri.

  •  Biasanya ukuran yang tertera kat pembungkusan dalam sentimeter(cm) atau inci (“).

 Pastikan kita beli saiz ukuran aksesori lebih kecik daripada bakul air fryer tau, baru boleh muat. 

 

Ataupun jika nak senang boleh juga buat cara ni :

  •  Ukur diameter bakul air fryer dengan tali/benang/kertas, kemudian bawa tali/benang/kertas ke kedai untuk ukur aksesori.

* Jika kita beli di kedai atau pasaraya ada dinyatakan ukuran setiap aksesori di bahagian depan bungkusan tersebut.

 

* Atau kalau buat belian online ada dinyatakan di bahagian details produk aksesori.

 

 
Sebenarnya Kakmie ada sediakan video tutorial tentang cara pilih dan ukur aksesori dengan tepat. 
Video ini sebagai pakej bonus yang disediakan kepada pembeli ebook 27 Resepi Air Fryer Istimewa daripada Kakmie.

Selain video tutorial tadi ada lagi TAMBAHAN 8 bonus menarik untuk pembeli ebook. 

Nak tahu 8 bonus yang disediakan boleh klik di bawah ini

Please follow and like us:

27 RESEPI AIR FRYER ISTIMEWA bukan sekadar ebook yang menghimpunkan resepi air fyer special Kakmie, tapi dalam ebook ini juga Kakmie kongsikan tips dan teknik rahsia penggunakan air fryer yang jarang dikongsikan oleh orang. 

Dapatkan tips dan resepi air fryer PERCUMA

 

Pelbagai tips dan resepi menarik untuk dipelajari secara percuma. Masukkan nama dan email di borang dan klik butang daftar. Anda akan terima tips dan resepi percuma di email anda.

Follow FB dan IG Kakmie

Leave a Comment

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial