Ikan Sambal Air Fryer

Ikan air fryer

Susah ke nak masak ikan bakar air fryer? Tak kering ke?

Ok. Baik. Kakmie dah berkali-kali buat eksperimen ikan bakar air fryer nih. Alhamdulillah.
Isi tak kering. Sambal pun sedap macam makan kat gerai tau. Jom kita tengok resepinya.

Ikan Bakar Sambal Air Fryer

Bahan A

bahan-bahan kisar
1/2 labu bawang besar, 4 ulas bawang putih, Sedikit halia, Sedikit kunyit, Sedikit lengkuas, 2 batang serai, 1 biji cili padi, Sedikit belacan.

 

bahan kisar 2
1/2 labu bawang besar, 4 ulas bawang putih, cili padi

👆kisar semua bahan di atas

Bahan B

cili kering pedas
Cili kering (nak pedas letak lebih sikit)

👆kisar hingga lumat

Bahan C

Asam jawa
Gula melaka
Daun kesum
Sedikit air
Sedikit garam

Cara-cara :

tumis cili kering
1. Tumis bahan B hingga garing.

 

bahan tumis garing
2. Kemudian masukkan bahan A, tumis lagi hingga pekat.

 

masukkan daun kesum
3. Selepas tu masukkan bahan C.

 

lumur ikan sambal
4. Kemudian lumurkan kat ikan(letak sikit garam kat ikan).

 

balut ikan ketat
5. Balut ikan dengan daun pisang.*balut kemas-kemas ya(guna pencungkil gigi untuk semat daun tu lagi bagus), ini untuk elak daun tu terbang kena coil pemanas.

 

masukkan ke dalam bakul air fryer
6. Masukkan ke dalam bakul air fryer.7. Kemudian setkan air fryer 170 darjah selama 10 minit jer!

 

ikan sambal air fryer sudah siap masak
8. Selepas 10minit. Ikan bakar kita dah siap masak. Sedia untuk hidangan berbuka. Kalau nak letak perahan limau kasturi kat ikan bakar kita tu lagi sedap. Perggghhh! ..

*jika nak buat kuantiti sikit,boleh jer tumis dalam air fryer. Tapi jika nak buat banyak dicadangkan tumis dapur gas ya.

Ps: Orait!, nanti panjang-panjangkan lah resepi ni kat sesiapa yang minat makan ikan bakar sambal ye.

Please follow and like us:

27 RESEPI AIR FRYER ISTIMEWA bukan sekadar ebook yang menghimpunkan resepi air fyer special Kakmie, tapi dalam ebook ini juga Kakmie kongsikan tips dan teknik rahsia penggunakan air fryer yang jarang dikongsikan oleh orang. 

Dapatkan tips dan resepi air fryer PERCUMA

 

Pelbagai tips dan resepi menarik untuk dipelajari secara percuma. Masukkan nama dan email di borang dan klik butang daftar. Anda akan terima tips dan resepi percuma di email anda.

Follow FB dan IG Kakmie

Leave a Comment

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial