Ikan Bakar Sambal Special

Suka makan ikan bakar bersambal?

 

 

Sebut sahaja dah membuatkan anda terbayangkan isinya yang berjus.

 

 

Dengan kehangatan sambalnya dan dihidang lagi dengan sepinggan nasi yang  panas berasap.

 

 

Nikmatnya sampai menjilat jari.

 

 

Sampai tak berganjak seinci pun dari tempat duduk.

 

Kalau anda jenis yang suka ikan dengan isinya berjus bakarlah dalam air fryer.

 

 

 

 

 

 

Ikan Bakar Sambal Special Air Fryer

Tips :

🔘 balut ikan dengan daun pisang

 

 

 

🔘 set kan air fryer
▪️suhu 190 darjah
▪️masa 10 minit

 

🔘 jika nak ada rasa garing sikit (bukak sikit daun pisang dan sambung bakar sikit lagi)
▪️suhu 200 darjah
▪️masa 3-5 minit

 

*kena pastikan daun pisang tu kemas tau,takut nanti akan terbang kena coil

 

 

Resepi Sambal

Bahan A

1/2 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

Sedikit halia
Sedikit kunyit
Sedikit lengkuas
2 batang serai
1 biji cili padi
Sedikit belacan

 

👆kisar semua bahan di atas

 

 

 

Bahan B

Cili kering (nak pedas letak lebih sikit)

 

👆kisar hingga lumat

 

 

 

Bahan C

Asam jawa
Gula melaka
Daun kesum
Sedikit air
Sedikit garam

 

 

 

Cara-cara :

1. Tumis bahan B hingga garing.

 

2. Kemudian masukkan bahan A, tumis lagi hingga pekat.

 

3. Selepas tu masukkan bahan C.

 

4. Kemudian lumurkan kat ikan(letak sikit garam kat ikan).

 

 

 

 

5. Balut ikan dengan daun pisang.

 

 

6. Masukkan ke dalam bakul air fryer.

 

 

 

7. Kemudian setkan air fryer
▪️ suhu 190 darjah
▪️ masa 10 minit


8. Sambung balik (jika suka garing sikit)
▪️ suhu 200 darjah
▪️ masa 3-5 minit

 

Selamat Mencuba!

 

 

Kakmie juga ada kumpulkan 27 resepi air fryer yang istimewa dalam satu ebook.

 

 

 

 

Ia bukan sekadar memuatkan resepi tetapi juga teknik-teknik dan trik rahsia yang Kakmie gunakan untuk jadikan masakan air fryer Kakmie gunakan untuk jadikan masakan air fryer Kakmie sedap dan istimewa.

 

 

Untuk pembeli ebook ini Kakmie bagi lagi 9 bonus tambahan.

 

 

 

Anda boleh dapatkan offer tersebut dengan klik butang di bawah.

 

Please follow and like us:

27 RESEPI AIR FRYER ISTIMEWA bukan sekadar ebook yang menghimpunkan resepi air fyer special Kakmie, tapi dalam ebook ini juga Kakmie kongsikan tips dan teknik rahsia penggunakan air fryer yang jarang dikongsikan oleh orang. 

Dapatkan tips dan resepi air fryer PERCUMA

 

Pelbagai tips dan resepi menarik untuk dipelajari secara percuma. Masukkan nama dan email di borang dan klik butang daftar. Anda akan terima tips dan resepi percuma di email anda.

Follow FB dan IG Kakmie

1 thought on “Ikan Bakar Sambal Special”

Leave a Comment

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial