Idea kuih,kek dan pastry masak guna air fryer

Hai semua,

 

Bersua kembali kita. Selamat berpuasa.

 

Hari ni Kakmie sangat teruja nak share kepada anda beberapa idea masakan jenis kuih,kek dan pastry yang boleh kita masak guna air fryer.

 

Mungkin ada di kalangan kita tak terfikir pun ada kuih,kek atau pastry yang boleh dimasak guna air fryer. Biasanya kita hanya tahu untuk panaskan karipap,roti canai frozen dan sebagainya sahaja.

 

Betul tak ?

 

Kakmie pun sama, tetapi Kakmie tergerak untuk membuat eksperimen percubaan demi percubaan. Tak dinafikan ada hasil yang menjadi elok malah tak terkecuali yang ‘out’!. huhu.

 

Jadi kali ni, Kakmie nak share dengan anda semua, hasil-hasil eksperimen yang menjadi dengan jayanya dan InsyaAllah sedap.

 

Tapi Kakmie nak sentuh sedikit tentang tips untuk masak kuih,kek dan pastry guna air fryer ni.

 

Tips 1

  • Sesetengah kuih,kek dan pastry disarankan kita guna aksesori air fryer tertentu untuk memudahkan kita memasaknya.
  • Contohnya apabila kita buat kek, kita perlukan bekas aksesori atau loyang yang mudah kita angkat(ada pemegang).
  • Bagi pastry yang ringan seperti popia dan roti canai atau paratha perlu ada sesuatu guna pelapik jaring untuk elak berterbangan kena coil pemanas.
  • Manakala cup kertas, bekas kaca dan sebagainya yang bersesuaian untuk buat kuih,kek dan pastry.
  • Boleh tengok jenis dan contoh aksesori pada post Kakmie tempoh hari.

Tips 2

  • Kawalan suhu dan masa perlu diperhatian untuk pastikan kuih,kek dan pastry kita masak sempurna.
  • Biasanya resepi kuih,kek atau pastry yang guna oven ambik masa lama berbanding masak guna air fryer.
  • Contohnya jika kita masak kek dengan oven makan masak 30-40 minit tapi bila menggunakan air fryer hanya 15-20 minit saja.

Tips 3

  • Untuk kuih seperti cucur pisang, cempedak dan sebagainya perlukan sedikit minyak untuk buatkan ia garing dan sedap.
  • Adunan tepung untuk salut tu juga perlu lebih pekat sedikit berbanding goreng dengan minyak dalam kuali.

Tips 4

  • Jika kita nak goreng popia guna air fryer sama ada popia simpul,popia gulung, popia gunting dan sebagainya, semasa separuh proses menggoreng tu perlu buka bakul dan goncang-goncangkan sedikit untuk masak lebih sekata.
  • Bagi yang terlalu ringan perlu guna jaring aksesori air fryer untuk elak popia berterbangan dan terkena coil pemanas.

Tips 5

  • Jika kita buat cupcake atau muffin, perlu ada tambahan bahan untuk topping atau dalam adunan seperti badam,coklat chip dan lain-lain sebagai pemberat.
  • Tujuan pemberat adunan ini adalah untuk pastikan permukaan kek atau muffin kita naik cantik dan tak terkeluar membonjol.

Orait, itulah 5 tips yang Kakmie boleh senaraikan di sini untuk panduan sesiapa yang nak masak kuih,kek atau pastry nanti.

Kemudian di bawah ini, Kakmie akan berikan sebahagian masakan kuih,kek dan pastry yang pernah Kakmie buat dan Alhamdulillah menjadi dan sedap.

 

Kuih Bom Air Fryer

Kuih Bom Air Fryer

  • Suhu 165 darjah (7 minit pertama)
  • Kemudian naikkan suhu 170 darjah (tambah 7 minit lagi)
* sebelum goreng salut dulu kuih bom dengan sedikit minyak
* separuh masa buka bakul dan balikkan
 

Puding Roti Air Fryer

Puding Roti Air Fryer

  • Suhu 170-180 darjah
  • Masa 10-15 minit 

Cempedak Goreng Air Fryer

Cempedak Goreng Air Fryer

  • Suhu 180 darjah
  • Masa 10-15 minit

* spray minyak sebelum goreng

* separuh masa buka bakul dan balikkan cempedak dan spray sedikit lagi minyak

* sambung goreng hingga garing

 

Kek Pisang Air Fryer

Kek Pisang Air Fryer

  • Suhu 165-170 darjah
  • Masa 15-20 minit (ikut saiz dan kuantiti)

Pulut Air Fryer

Pulut Air Fryer

  • Suhu 200 darjah
  • Masa 30 minit (ikut kuantiti)

* pulut rendam terlebih dahulu

* bekas perlu ditutup rapat

 

Cream Puff Air Fryer

Cream Puff Air Fryer

  • Suhu 170-180 darjah
  • Masa 8-10 minit

* sebelum bakar spray sedikit air untuk buat puff kita ada ruang di tengah-tengah

 

Popia Simpul Air Fryer

Popia Simpul Air Fryer

Suhu 160-165 darjah

Masa 5-7 minit (ikut kuantiti)

*separuh masa buka bakul dan goncangkan sedikit

*kemudian sambung semula hingga habis masa

 

Cucur Ikan Bilis Air Fryer

Cucur Ikan Bilis

  • Suhu 170 darjah
  • Masa 10-12 minit

* spray minyak sikit sebelum goreng

* separuh masa balikkan 

 

Apple Pai Air Fryer

Apple Pai Air Fryer

  • Suhu 180-190 darjah
  • Masa 8-10 minit (ikut kuantiti dan saiz)

* sapu telur atas pai untuk warna lebih menarik

* separuh masa balikkan (jika perlu)

 

Muffin Chocolate Orio Air Fryer

Muffin Chocolate Oreo Air Fryer

  • Suhu 165-170 darjah
  • Masa 10-12 minit

 

Orait. Ini sebahagian kuih, kek dan pastry air fryer yang Kakmie sempat tulis dan paparkan kat sini. 

 

Sebenarnya banyak lagi yang Kakmie dah buat. InsyaAllah nanti Kakmie akan update dari semasa ke semasa.

Anda kena lah follow blog Kakmie ketat-ketat dan rapat-rapat tau!

 

Selain itu, ada resepi-resepi special Kakmie telah kumpulkan dan masukkan dalam ebook 27 Resepi Air Fryer Istimewa.

 

Antara resepi yang Kakmie muatkan dalam ebook ini adalah seperti di bawah :

 

 

Wokeh! 

Sesiapa yang berminat nak dapatkan ebook 27 Resepi Air Fryer Istimewa boleh buat pembelian link di bawah ini

 

Please follow and like us:

27 RESEPI AIR FRYER ISTIMEWA bukan sekadar ebook yang menghimpunkan resepi air fyer special Kakmie, tapi dalam ebook ini juga Kakmie kongsikan tips dan teknik rahsia penggunakan air fryer yang jarang dikongsikan oleh orang. 

Dapatkan tips dan resepi air fryer PERCUMA

 

Pelbagai tips dan resepi menarik untuk dipelajari secara percuma. Masukkan nama dan email di borang dan klik butang daftar. Anda akan terima tips dan resepi percuma di email anda.

Follow FB dan IG Kakmie

Leave a Comment

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial