Cupcake pisang 10 minit

Pernah tak? Sedang anda merehatkan diri setelah penat seharian menguruskan makan minum suami dan anak serta menjaga kebersihan rumah tiba-tiba suami kata yang rakannya akan datang ke rumah. 

 

 

Bagi suri rumah yang sudah berpengalaman dalam mendirikan rumah tangga itu mungkin cuma perkara biasa.

 

 

Tapi bagaimana dengan suri rumah yang baru sahaja mendirikan rumah tangga? Adakah anda panik tak tahu nak hidang apa.

 

 

Oop kejap, tak perlu panik sebab semua masalah ada jalan penyelesaiannya. Sebab kat sini ada resepi cupcake pisang yang paling mudah dan paling cepat masak dengan hanya mengambil masa 10 minit untuk siap masak.

 

Jadi jom ‘scroll’ resepinya.

 

 

 

 

 

Resepi Cupcake Pisang

Bahan A :

 

2 biji pisang
3 sudu besar gula (cadangan guna ORCS~ gula tebu organik)
4 sudu besar minyak
1 biji telur

 

Bahan B :

 

3/4 cawan tepung gandum (cadangan guna tepung gandum unbleach)
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh serbuk penaik

 

Cara-cara :

 

1. Blend (guna blender jer) semua bahan A hingga kembang.

2. Ayak bahan B. Kemudian masukkan dalam bahan A (Gaul guna spatula/senduk)

3. Kemudian masukkan sedikit badam cincang dan coklat cips.

4. Bila dah sebati masukkan dalam cup.

5. Taburkan sedikit badan dan coklat cips atas adunan kek sebagai hiasan.

6. Setkan suhu air fryer 170 darjah celcius dan 10minit masa.

7. Orait! Cun 10minit masak, keluarkan dan boleh makan.

 

 

Please follow and like us:

27 RESEPI AIR FRYER ISTIMEWA bukan sekadar ebook yang menghimpunkan resepi air fyer special Kakmie, tapi dalam ebook ini juga Kakmie kongsikan tips dan teknik rahsia penggunakan air fryer yang jarang dikongsikan oleh orang. 

Dapatkan tips dan resepi air fryer PERCUMA

 

Pelbagai tips dan resepi menarik untuk dipelajari secara percuma. Masukkan nama dan email di borang dan klik butang daftar. Anda akan terima tips dan resepi percuma di email anda.

Follow FB dan IG Kakmie

Leave a Comment

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial