Cream Puff Air Fryer

Ragu-ragu nak buat cream puff guna air fryer?

 

 

Guna oven pun cream puff sensitif dan cerewet apatah lagi kalau guna air fryer.

 

 

Silap je cara bakar cream puff tak kembang dan penyek.

 

 

Takde lubang kat dalam dan keras.

 

 

Tapi kalau tak cuba, tak tahu hasilnya. Betul tak?

 

 

Di bawah kami dah sediakan dengan lengkap kepada anda cara untuk bakar cream puff guna air fryer serta resepinya sekali.

 

 

 

RESEPI CREAM PUFF (Air Fryer)

Bahan

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cawan butter
4 biji telur(gred A)
Sedikit vanila dan garam

 

Cara-cara

1. Campurkan butter, vanila, air dan sedikit garam dalam kuali @ periuk. Masak hingga mendidih.(Guna api perlahan saja ye)

 

 

 

2. Bila mendidih je, tutup api

 

 

 

3. Kemudian masukkan tepung. Kacau cepat-cepat hingga adunan hingga jadi doh.

 

 

 

4. Doh yang elok diadun (tak melekat kat kuali/periuk)


Biarkan sejuk (dalam 10-15minit)
Telur (pukul sikit dengan garfu)

 

 

 

 

5. Bila doh dah betul-betul sejuk, guna mixer masukkan telur sedikit demi sedikit.

 

 

 

6. Pukul hingga adunan menjadi lembut dan sesuai utk dipaipkan nanti

 

 

 

7. Kemudian paipkan ke dalam dulang untuk dibakar (pastikan dulu sapu butter/dilapik baking paper kat loyang untuk memudahkan kita angkat bila dah siap)

 

Jarakkan sikit antara satu sama lain sebab cream puff ni akan mengembang nanti.

 

 

 

8. Sebelum masuk ke dalam air fryer, spraykan/sapu air ke atas cream puff (fungsinya air akan bertukar menjadi wap yang boleh membantu cream puff membentuk rongga di tengah-tengah)

 

 

 

9. Set kan air fryer

 

▪️suhu 180 darjah
 masa 10 minit

 

 

 

 

 

>> Untuk air fryer ini sebenarnya bergantung kepada air fryer anda sendiri, jenama berbeza mungkin ada sedikit perbezaan. Paling penting anda cuba untuk memahami “perangai” air fryer anda. Tapi boleh jer ikut suhu/masa sama sebagai panduan.

 

 

Selamat Mencuba!

 

 

Kakmie juga ada kumpulkan 27 resepi air fryer istimewa dalam satu ebook.

 

 

Ia bukan sekadar memuatkan resepi tetapi juga teknik-teknik dan trik rahsia yang Kakmie gunakan untuk jadikan masakan air fryer Kakmie sedap dan istimewa.

 

Untuk pembeli ebook ini Kakmie bagi lagi 9 bonus tambahan.

 

Anda boleh dapatkan offer tersebut dengan klik butang di bawah.

 

Please follow and like us:

27 RESEPI AIR FRYER ISTIMEWA bukan sekadar ebook yang menghimpunkan resepi air fyer special Kakmie, tapi dalam ebook ini juga Kakmie kongsikan tips dan teknik rahsia penggunakan air fryer yang jarang dikongsikan oleh orang. 

Dapatkan tips dan resepi air fryer PERCUMA

 

Pelbagai tips dan resepi menarik untuk dipelajari secara percuma. Masukkan nama dan email di borang dan klik butang daftar. Anda akan terima tips dan resepi percuma di email anda.

Follow FB dan IG Kakmie

Leave a Comment

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial