Anak-anak sangat sukakan ayam goreng?
Sampai tak pandang pun lauk lain. Hari-hari minta lauk yang sama.
Sebagai ibu bukan nak halang apa yang anak suka makan, cuma ayam goreng guna banyak minyak yang jadi ia kurang sihat.
Kalau macam tu, apa kata tukarkan ayam goreng biasa jadi lebih sihat dengan goreng dalam air fryer.
Ayam Goreng Crispy tanpa guna minyak
Anda hanya memerlukan ayam dan 3 bahan asas sahaja.
Bahan-bahan :
– Bawang putih
– Kunyit (kunyit hidup lebih sedap)
– Garam (garam organik pink Rock Himalaya lebih baik)
Cara-cara:
1. Tumbuk bahan-bahan dengan lumat.
2. Lumurkan kat ayam.
3. Biarkan dalam 5 minit.
4. Setkan menu untuk menggoreng ayam kat air fryer (200 darjah celcius, 22 minit).
5. Apabila selesai 22 minit, ayam akan kelihatan garing, rangup dan siap untuk dihidangkan.
* kalau guna bahagian isi dada ayam atau ketulan lebih besar boleh balik-balikkan ayam pada minit ke 10, kemudian sambung semula hingga ke minit 22.
Kakmie juga ada kumpulkan 27 resepi air fryer yang istimewa dalam satu ebook.
Ia bukan sekadar memuatkan resepi tetapi juga teknik-teknik dan trik rahsia yang Kakmie gunakan untuk jadikan masakan air fryer Kakmie sedap dan istimewa.
Untuk pembeli ebook ini Kakmie bagi lagi 9 bonus tambahan.
Anda boleh dapatkan offer tersebut dengan klik butang di bawah
6 thoughts on “Ayam Goreng Crispy tanpa guna minyak”
salam kak..mcmna saya nak bayar guna bank in guna maybank?
Boleh whatsapp direct kakmie di 012-8477511.
Brpa harga
klik sini untuk info https://expertcreative.onpay.my/order/form/8
Berapa harga buku ni
Klik sini untuk info https://expertcreative.onpay.my/order/form/8