6 tips air fryer yang sangat berguna

 

Bagi yang dah ada air fryer sudah tentu bercadang untuk memasak guna air fryer. Lagipun ia mudah dan cepat. Betul tak?

 

Tetapi rasa risau pulak takut makanan tak sedap dah la tak mahir sangat pasal air fryer, takut hangus la, tak masak elok la dan macam-macam lagi. Nanti susah pulak jadinya. Ingat nak senang kerja tapi makin menyusahkan. Akhirnya ke atas dapur gas jugak jawabnya.

 

Semangat nak masak guna air fryer bukan main lagi, tapi selalu ‘fail’ masak dalam air fryer. Boleh dikira berapa je yang menjadi. Huhu

 

Ok. Adakah anda selalu rasa macam ni?

 

Jangan risau. Kakmie faham dan mulanya Kakmie pun alami perkara yang sama.

Tapi berdasarkan bermacam eksperimen yang Kakmie telah buat dan ada la sedikit pengalaman dalam mengendalikan air fryer, InsyaAllah Kakmie boleh membantu anda dan tips penting Kakmie patut share kepada anda.

 

Ikuti 6 tips ini, anda pasti seronok memasak guna air fryer.

 

TIPS 1

  • Tahukah anda, air fryer boleh masak terus makanan beku (frozen) tanpa perlu defrost?
  • Tipsnya pastikan lauk tersebut perlu di merinate (perap bersama bahan perapan) terlebih dahulu sebelum dibekukan(frozen).
  • Jika nak masak, keluarkan dari peti sejuk beku terus masukkan ke dalam bakul air fryer tanpa defrost terlebih dahulu.
  • Setting suhu masih sama kita masak makanan yang sudah suhu bilik (fresh), cuma masa untuk makanan frozen ni kita perlu tambah 10-15 minit lagi.
  • Tips ni sangat sesuai jika kita nak sediakan makanan untuk bersahur dengan cepat dan ringkas.

Contoh resepi yang menggunakan tips ini :

 

RESEPI AYAM PENYEK GORENG AIR FRYER

 

 

 

BAHAN-BAHAN :

  • 4 ketul ayam
  • 2 biji bawang putih | tumbuk halus
  • 1 batang serai | hiris halus
  • 1 inci halia | tumbuk halus
  • 3 keping asam keping
  • 2 cawan air
  • garam secukupnya

 

CARA MEMASAK :

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan rebus selama lebih kurang 15-20 minit.
  2. Apabila dah masak, toskan air dan biarkan ia sejuk.
  3. Masukkan ke dalam peti sejuk beku (sekurang-kurang semalaman).
  4. Jika nak masak, keluarkan lauk beku tadi dan terus masukkan ke dalam bakul air fryer.
  5. Jika perlu, panaskan terlebih dahulu air fryer selama 3 minit. (Ada sesetengah air fryer tak perlu panaskan pun tak apa).
  6. Setkan air fryer ;
  • Suhu 180 darjah
  • Masa 35 minit (separuh masa buka bakul dan balikkan ayam kemudian sambung balik masak)

 

 

TIPS 2

  • Tahukah anda sayur boleh masak guna air fryer?
  • Tipsnya, perasakan sayur terlebih dahulu. Contoh ; letak garam, lada hitam, sedikit minyak atau sos dan sebagainya.
  • Jika perlu boleh perapkan sekejap sebelum dimasukkan dalam air fryer.
  • Selalunya masa untuk masak sayur air fryer ni sangat cepat, lebih kurang 6-8 minit sahaja. Sementara nak tunggu berbuka tu sempat lagi jika nak masak sayur guna air fryer ni, sekejap je dah masak. Hehe

Contoh resepi yang menggunakan tips ini :

 

SAYUR BROKOLI AIR FRYER

 

 

 

BAHAN-BAHAN :

  • Sayur brokoli | bersihkan dan potong kecil
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada hitam hancur
  • Sedikit minyak zaiton
 

CARA MEMASAK :

  1. Basuh brokoli dan potong kecil.
  2. Gaulkan semua bahan. Nak perap sekejap pun boleh.
  3. Setkan air fryer :
  • Suhu 165 darjah
  • Masa 5 minit

TIPS 3

  • Tahukah anda, air fryer boleh masak serentak beberapa jenis makanan dalam satu bakul?
  • Tipsnya, buat pembahagi antara makanan (guna akseseori air fryer) atau pun baking paper/daun pisang atau apa sahaja yang boleh kita gunakan sebagai partition untuk elak bercampur.
  • Contohnya kita boleh masak ikan bilis,kacang tanah dan telur serentak dalam satu bakul air fryer. Jika nak masak nasik lemak untuk sahur molek sangat ni, letak semua sekali gus terus masak serentak. Senang kerja.

Contoh resepi yang menggunakan tips ini :

 

RESEPI BUBUR NASI AIR FRYER

 

 

 

BAHAN-BAHAN :

  • Beras | letak bekas tiffin bertutup
  • Isi ayam | hiris nipis
  • 2 inci halia | hiris
  • sedikit lobak merah | potong dadu
  • 1 kiub ayam
  • Ikan bilis | bekas berasingan
  • Bawang | bekas berasingan
  • Telur masin

 

 
CARA MEMASAK :
  1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas tiffin bertutup kecuali ikan bilis, bawang dan telur masin.
  2. Kemudian masukkan ikan bilis dan bawang dalam mangkuk kecil.
  3. Spray sedikit minyak ke atas bawang untuk dijadikan bawang goreng.
  4. Setkan air fryer ;
  • Suhu  165 darjah
  • Masa 6-8 minit (habis masa keluarkan ikan bilis, bawang dan telur masin)
  • Sambung lagi memasak(hanya tinggal periuk tiffin berisi nasi bubur), setkan suhu 200 darjah selama 30 minit
  • Pertengahan masa buka periuk tiffin, tambah air dan kacau. Sambung masa semula sehingga habis masa.

 

 

TIPS 4

  • Tahukah anda, kita boleh panaskan makanan guna air fryer?
  • Tipsnya, jika makanan bergoreng seperti karipap, pisang goreng yang dah sejuk atau apa-apa makanan yang dah lemau, masukkan terus ke dalam air fryer nanti makanan itu akan kembali rangup dan garing.
  • Jika makanan itu jenis berkuah, masukkan dalam bekas/loyang/tiffin terlebih dahulu dan baru panaskan dalam air fryer.
  • Kakmie cadangkan, anda boleh terus simpan lauk untuk dipanaskan waktu bersahur ke dalam bekas yang sesuai dan boleh terus masuk ke dalam air fryer nanti.
Contoh makanan yang menggunakan tips ini :

 

Karipap goreng yang dipanaskan semula

 

 

 

TIPS 5

  • Tahukah anda, boleh masak lauk yang ‘meletop’/mercik minyak bila guna kuali tapi tidak dengan air fryer?
  • Biasanya lauk yang selalu terjadi begini adalah apabila kita menggoreng sotong, paru-paru atau ikan keli.
  • Tipsnya, selepas lauk tersebut diperasakan tambah sedikit minyak atau spray sedikit minyak sebelum menggoreng. Jika pelu balikkan pada separuh masa memsak.
Contoh resepi yang menggunakan tips ini :
 

 

 

RESEPI PARU-PARU GORENG AIR FRYER

 

BAHAN-BAHAN :

  • Paru-paru lembu
  • 4 keping keping
  • 2 biji bawang putih | hancurkan
  • Jus limau nipis
  • Kunyit
  • Garam

 

 

 

CARA MEMASAK :

  1. Basuh paru-paru guna air dan jus limau untuk elak bau hanyir.
  2. Rebus paru-paru bersama garam dan asam keping selama lebih kurang 20 minit.
  3. Kemudian hiris nipis-nipis.
  4. Gaulkan dengan garam, kunyit, sedikit air dan minyak.
  5. Perapkan sekejap dalam 1/2 jam.
  6. Setkan air fryer :
  • Suhu 180 darjah
  • Masa 5-7 minit (boleh buka bakul untuk check tahap garing)

TIPS 6

  • Tahukah anda, masakan bakar guna arang boleh masak guna air fryer?
  • Yes. BOLEH! Kakmie berjaya buat.
  • Contohnya, ayam percik, ikan bakar sambal, satey dan banyak lagi.
  • Tipsnya, pastikan separuh masa memasak buka bakul air fryer dan balikkan. Jika perlu buka secara kerap untuk check masakan pun tak jadi masalah dan ia tak akan menjejaskan masakan.

Contoh resepi yang menggunakan tips ini :

 

RESEPI AYAM PERCIK AIR FRYER

 

 

 

 

BAHAN-BAHAN : 

  • 4 ketul ayam
  • 2 biji bawang putih | tumbuk halus
  • 1 batang serai | hiris halus
  • 1 inci halia | tumbuk halus
  • 3 keping asam keping
  • 2 cawan air
  • garam secukupnya

Rebus semua bahan di atas bersama ayam selama lebih kurang 15-20 minit.

 

BAHAN-BAHAN : Kuah percik

  • 5 ulas bawang merah | kisar
  • 2 ulas bawang putih | kisar
  • 1 labu bawang besar | kisar
  • 1 sudu besar cili kering | kisar
  • 1 inci halia | kisar
  • sedikit kunyit | kisar
  • 1 batang serai | kisar
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 keping asam keping
  • garam
  • gula melaka/gula
  1. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan masukkan asam keping.
  2. Kemudian baru masukkan santan, garam dan gula. (kuah percik ni ada rasa manis sikit lagi sedap).
  3. Apabila santan dan mendidih, tutup api. Kuah percik dah siap.
CARA MEMASAK :
  1. Masukkan ayam ke dalam bakul air fryer.
  2. Untuk elak ayam melekat boleh guna jaring aksesori.
  3. Kemudian setkan air fryer ;
  • Suhu 190 darjah
  • Masa 25 minit
  • Selepas 5 minit buka dan balikkan ayam dan curahkan kuah percik.
  • Ulang beberapa kali untuk dapat hasil kuah percik yang melekat cantik pada ayam.

Orait. selesai sudah Kakmie share 6 tips penting memasak guna air fryer. 

 

Sekarang anda perasan tak, hakikatnya air fryer sangat-sangat berguna dan ia pembantu terbaik kita.

 

Untuk pengetahuan semua, Kakmie selalu buat eksperimen dan daripada situ Kakmie kenal pasti rupanya banyak lagi perkara penting yang perlu pengguna air fryer tahu. Jika kita dah kenal air fryer masing-masing pasti lebih mudah untuk kita kendalikan. Resepi dan masakan pun kita boleh pelbagaikan mengikut kesesuaian air fryer kita.

 

 
Selain tips dan resepi di atas, ada lagi tips dan resepi yang Kakmie telah kumpulkan dan dimuatkan dalam ebook 27 Resepi Air Fryer Istimewa

 

Sesiapa yang beli ebook ini akan disertakan sekali 8 BONUS video tutorial yang menarik dan jadual panduan suhu dan masa untuk 113 masakan. Ini untuk memudahkan kita mengetahui suhu dan masa masakan tertentu dengan pantas.

 

Bukan itu saja tau, ada lagi group support serta bimbingan daripada Kakmie secara berterusan untuk pembeli ebook. Anda semua akan berada dalam satu group telegram. 

 

Menjadi tanggungjawab Kakmie untuk guide anda terutama yang telah membeli ebook 27 Resepi Air Fryer Istimewa daripada Kakmie ni.

 

Klik sini untuk pembelian ebook

 

Please follow and like us:

27 RESEPI AIR FRYER ISTIMEWA bukan sekadar ebook yang menghimpunkan resepi air fyer special Kakmie, tapi dalam ebook ini juga Kakmie kongsikan tips dan teknik rahsia penggunakan air fryer yang jarang dikongsikan oleh orang. 

Dapatkan tips dan resepi air fryer PERCUMA

 

Pelbagai tips dan resepi menarik untuk dipelajari secara percuma. Masukkan nama dan email di borang dan klik butang daftar. Anda akan terima tips dan resepi percuma di email anda.

Follow FB dan IG Kakmie

Leave a Comment

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial